Tuesday, May 25, 2010

Happy Anniversary Darling...



Tarikh: 21 May 1989 / Sunday



21st May 2010 genap my wedding anniversary yang ke 21 tahun..Signifikan kan 21/5 genap 21 tahun...tahun ni sambutan agak gempak sikit lah..banyak dapat wish dari fb frenzs, ex students, family and others.My old rascal ni macam biasa bila ditanya apa perasaan you kita sambut 21 tahun wedding anniversary ni? jawabnya mudah je..Betol ke i dah kahwin ngan you 21 tahun..macam baru tahun lepas je kita kahwin...orang lelaki cam tu lah bukan serious pun dengan important dates ni..i pun tak amik pot sebab dah perangai dia camtu kan..i dah lali dah sebab dah 21 tahun i kahwin ngan dia..

Hadiah? sampai la ni i tak pilih2 lagi..my hubby kata ..pilih ajelah ape you nak nanti i bayar..i pun tak tahu nak ape? nak gi habib jewel ke..handbag ke..tv plasma flat screen boleh..ha..ha terbeliak bijik mata orang tua tu..belom tau apa yang berkenan di hati..nanti kalau jalan2 keluar ada yang berkenan i grab ajelah...sutera crepe pun cantik kalau pakai sedondon ngan dia...mungkin itu yang berkenan....... tengoklah nanti...

I pun rasa bangga gak lah dah berkahwin 21 tahun ni..satu tempuh yang panjang..masih teringat masa mula2 kahwin dulu..masing2 gaji kecik lagi..i masih lagi di college tahun akhir...dah menikah sebab takut kena posting jauh di sabah and sarawak..mula2 kahwin pakai kapcai aje..kumpul duit baru dapat pakai honda civic second hand...tu lah kete pertama..and then after 4 tahun service i dah buat full time kat UPM..belanje semuanye my old rascal ni yang sponsor..dia kena jaga anak kat umah..i dengan life di university...dia mengeluh pun tidak..bagi support nombor satu..ape i nak semua dapat..kesian kat dia..i belajar dia kena ikat perut..sebab tu bila i tamat belajar i nak dia pakai jubah and scroll untuk amik gambar..tapi dia kata kat i ..you pakai sudahlah..i tumpang gembira and support dari belakang...meleleh air mata i dan dia...sayang sangat kat my old rascal ni.......

Walaupun dah kahwin 21 tahun anak i tetap satu aje..kesian kat my hubby..tapi nak buat camne..rezeki itu lah satu..dua kali i miscarriage..kami sama2 menangis bila dapat tau baby tak dapat diselamatkan..i bukan ape..kesian kat suami..nak sangat anak lelaki tapi i tak dapat nak beri..pena kami cuba nak amik anak angkat ..dah dapat pun tapi dia pulak tak mo..dia tak biasa nak memulakan balik routine macam dulu2...dah tua agaknye..

Walaupun berdua atau bertiga dengan anak i..my hubby tetap layan kami samarata..i tetap dilebihkan sebab dia kata i jantung hati dia dan my girl permata hati dia..so kami dapat kasih sayang yang melimpah ruah dari lelaki kesayangan kami.........

Untuk lelaki kesayangan ku BAHARUDIN BIN ISMAIL, selamat ulangtahun perkahwinan kita yang ke 21..Semuga hari2 yang mendatang akan memakmurkan hidup kita..serta meurahkan rezeki kita. Terima kasih kerana setia menjadi teman i masa susah dan senang, sedih dan gembira, suka dan duka..dulu, kini dan selama2nya..muga jodoh kita sehingga ke akhir hayat. AMIN..

1 comment:

  1. Unlock the potential of your online presence with the best SEO services in Dubai. Elevate your website's visibility, outrank competitors, and attract organic traffic with our tailored strategies. Our team of experts harnesses cutting-edge techniques to ensure your brand stands out in the digital landscape, driving meaningful results and fostering growth.

    ReplyDelete